ARTIKEL

Buru kejuaraan... Lanesix FC berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Tunku 2026.

Lanesix FC sasar sejarah baharu di final Piala Tunku

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lanesix FC bertekad mencipta sejarah baharu kelab apabila berdepan Holdfast FC dalam perlawanan akhir Piala Tunku 2026 di Padang KDFA, Kuching, Khamis ini.

Pertembungan dijadual bermula jam 7 malam itu merupakan detik penting bagi Lanesix FC selepas layak ke final menerusi kemenangan 5-0 ke atas Los Castilla pada peringkat separuh akhir.

Pengurus Lanesix FC, Abdullah Said berkata kemaraan tersebut satu pencapaian yang amat bermakna kerana beliau menyaksikan sendiri segala usaha dan pengorbanan pemain sepanjang kempen kejohanan berkenaan.

“Saya melihat betapa penatnya mereka berjuang selama ini. Akhirnya Lanesix FC berjaya mara ke final, detik yang saya tunggu sejak kelab ini ditubuhkan.

“Saya sungguh bangga dengan semua pemain dan berharap mereka memberikan sepenuh tumpuan pada perlawanan paling penting ini untuk membawa pulang piala yang menjadi sasaran kami,” katanya kepada Suara Sarawak hari ini.

Mengulas persiapan akhir, Abdullah berkata barisan pemain kini menumpukan perhatian sepenuhnya pada aspek kecergasan, disiplin permainan dan usaha memperkemas persembahan berdasarkan pengalaman sepanjang kejohanan.

“Persediaan akhir sedang berjalan dan semua pemain diminta terus fokus, meningkatkan usaha serta menggunakan pengalaman daripada perlawanan terdahulu.

“Kita mahu pemain memanfaatkan segala kekuatan yang ada dan bersedia berjuang habis-habisan untuk mencapai matlamat kelab,” jelasnya.

Beliau menegaskan Lanesix FC tidak mahu melepaskan peluang terbaik tersebut selepas berjaya mengatasi pelbagai cabaran untuk berada selangkah daripada kejuaraan.

“Sasaran utama kami ialah untuk memenangi Piala Tunku 2026. Saya berharap semua pemain kekal fokus dan dapat membawa pulang piala ini untuk mencipta sejarah baharu buat Lanesix FC,” katanya.

Sebelum mengesahkan tempat ke final, Lanesix FC terlebih dahulu menyingkirkan Sri Warrez dengan kemenangan 3-1 pada peringkat suku akhir, kemudian meneruskan rentak cemerlang dengan membenam Los Castilla 5-0 tanpa balas.

Dua kemenangan tersebut membolehkan Lanesix FC menjaringkan lapan gol dan hanya kemasukan satu gol, sekali gus memberi keyakinan kepada pasukan menjelang perlawanan penentuan kejuaraan menentang Holdfast FC.

Kejohanan Piala Tunku anjuran Liga Perdana Tunku itu disertai enam pasukan dari Kuching, berbanding 16 pasukan yang bersaing dalam Liga Perdana Tunku.

Juara Piala Tunku 2026 bakal membawa pulang wang tunai RM600 serta piala dan pingat, manakala naib juara akan menerima pingat.

BERITA LAIN

KAJAS 12 julang Piala Mas Gading

KUCHING: KAJAS 12 muncul juara Sepak Takraw Piala Mas Gading Bau 2026 selepas menewaskan ATC A 15-7, 15-10 dalam perlawanan final di Sekolah Jenis Kebangsaan

Pasir Mas juara futsal di Satok

KUCHING: Pasir Mas muncul juara Kejohanan Futsal PERAKAN 2026 selepas mengatasi lima pasukan lain untuk membawa pulang piala pusingan dalam pertandingan yang berlangsung di Kompleks

BERITA TERBARU

UiTM Sarawak perkukuh peranan perpustakaan

OYA: Program Oya Beramai 2026 menjadi platform Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak memperkukuh hubungan dengan komuniti setempat menerusi aktiviti pendidikan, kesukarelawanan, kesihatan dan kelestarian