ARTIKEL

MERAKAM DETIK... Pemain dan pihak penganjur merakam gambar kenangan bersama pada Kejohanan Futsal PERAKAN 2026 di Kompleks Sukan Satok, Kuching, Sabtu lalu.

Pasir Mas juara futsal di Satok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pasir Mas muncul juara Kejohanan Futsal PERAKAN 2026 selepas mengatasi lima pasukan lain untuk membawa pulang piala pusingan dalam pertandingan yang berlangsung di Kompleks Sukan Satok di sini, Sabtu lalu.

Kejohanan anjuran Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia Sarawak (PERAKAN) itu menghimpunkan enam pasukan mewakili Pasir Mas, Machang, Tanah Merah, Kota Bharu, Pasir Puteh dan Bachok, dengan pembentukan pasukan dilakukan menerusi undian mengikut daerah asal peserta.

JUARA… Pasukan Pasir Mas.

Pengerusi PERAKAN Cawangan Kuching, Sarawak, Amril Syam Nordin berkata, pertandingan itu bukan sekadar medan merebut kejuaraan, sebaliknya menjadi platform penting untuk menyatukan masyarakat Kelantan yang menetap dan mencari rezeki di Sarawak.

“Matlamat utama penganjuran kejohanan ini bukanlah semata-mata untuk mencari siapa yang bergelar juara, sebaliknya untuk menghimpunkan anak-anak Kelantan yang berada di sini dalam satu keluarga besar.

NAIB JUARA… Pasukan Machang.

“Walaupun kita datang dari daerah yang berbeza dan mempunyai latar belakang pekerjaan masing-masing, semangat persaudaraan perlu sentiasa dipelihara,” katanya kepada Suara Sarawak, hari ini.

Menurutnya, aktiviti kesukanan seperti futsal mampu menjadi medium penyatuan yang berkesan kerana membuka peluang kepada peserta untuk saling mengenali, di samping mengeratkan hubungan tanpa mengira latar belakang pekerjaan.

KETIGA… Pasukan Tanah Merah.

“Melalui kejohanan seperti ini, kita bukan sahaja dapat mengeratkan ukhuwah dan silaturahim, malah dapat memupuk semangat kesukanan, kerjasama serta persefahaman antara satu sama lain,” jelasnya.

Amril Syam berkata, PERAKAN berhasrat meneruskan penganjuran kejohanan itu sebagai salah satu aktiviti tahunan persatuan dengan penyertaan lebih meluas bagi memperkukuh hubungan sesama anak Kelantan di Bumi Kenyalang.

Amril ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Futsal PERAKAN 2026.

“Menang atau kalah adalah adat pertandingan.

Apa yang lebih penting ialah hubungan persaudaraan terjalin dan semangat kebersamaan yang dapat kita bawa pulang selepas kejohanan berakhir.

“Biarpun jauh di perantauan, semangat kekitaan dan identiti kita sebagai anak Kelantan tidak akan pernah luntur. Itulah semangat ‘Sepakat Setia Sokmo’ yang ingin kita kekalkan,” katanya.

Kejayaan itu menyaksikan Pasir Mas mengetepikan pencabar daripada daerah lain di Kelantan yang turut mengambil bahagian, sekali gus membawa pulang piala pusingan, hamper dan pingat selaku juara.

Machang pula menamatkan saingan sebagai naib juara, manakala Tanah Merah menduduki tempat ketiga dan kedua-dua pasukan menerima hamper serta pingat.

Pasukan di kedudukan keempat hingga keenam turut diberikan hamper.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Jangan cepat menghukum

SAYA tidak tahu apakah sebenarnya yang bermain dalam fikiran pelajar yang terlibat dalam kejadian di sebuah sekolah di Kuching baru-baru ini. Kita mungkin membaca laporan