ARTIKEL

Rumah Oren raih 538 mata, juara keseluruhan sukan SK Tambay

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ASAJAYA: Kontinjen Rumah Oren membuktikan kehebatan mereka sukar ditandingi apabila muncul juara keseluruhan Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan (SK) Tambay 2026 baru-baru ini.

Rumah Oren menamatkan saingan dengan cemerlang apabila mengumpul 538 mata.

Mereka mengatasi dua pencabar terdekat, iaitu Rumah Purple di tempat kedua dengan 511 mata dan Rumah Pink di tempat ketiga yang mengumpul 478 mata.

KAMI JUARA… Kontinjen Rumah Oren bergambar selesai majlis penyampaian hadiah.

Kejayaan menjuarai edisi kali ini meletakkan pilihan popular itu di kelas tersendiri.

Temasya sukan tahunan itu diadakan selama tiga hari, 22 hingga 24 Oktober, dan berlangsung dengan meriah.

Pelbagai acara dipertandingkan merangkumi balapan dan padang.

Temasya itu turut diserikan dengan acara membabitkan ibu bapa dan guru.

Majlis penangguhan disempurnakan oleh Yang Dipertua PIBG SK Tambay, Busmani Drahman, dan Guru Besar SK Tambay, Cikgu Berawi Leman.

BERITA LAIN

Projek ART Modenkan Sistem Pengangkutan Awam Sarawak

KUCHING: Pembangunan projek Transit Aliran Autonomi (ART) merupakan pelaburan bagi memastikan pergerakan rakyat lebih lancar, bukannya pembaziran wang, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri

BERITA TERBARU