ARTIKEL

Pencadang, penyokong calon PRU Sarawak mesti pemilih berdaftar – Speaker DUN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pencadang dan penyokong calon bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak ke-13 mesti menjadi pemilih berdaftar di kawasan pilihan raya yang ditandingi, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

Menurutnya, kertas penamaan calon akan ditolak jika nama mereka tiada dalam daftar pemilih kawasan berkenaan.

“Pencadang dan penyokong mestilah pemilih berdaftar di kawasan pilihan raya berkenaan, iaitu kawasan tempat nama mereka tersenarai dalam daftar pemilih.

“Jika nama mereka tidak tersenarai dalam daftar pemilih kawasan tersebut, mereka tidak boleh menjadi pencadang atau penyokong kepada calon berkenaan,” katanya ketika mengadakan sidang media khas di Bilik Media DUN di sini, hari ini.

Mengulas kemungkinan bertanding pada PRU Sarawak akan datang, beliau berkata kesediaannya bergantung kepada pencalonan oleh parti yang diwakilinya.

“Bagaimanapun, undang-undang di Sarawak membolehkan seseorang memegang jawatan Speaker DUN tanpa perlu menjadi ADUN.

“Justeru, kita ada undang-undang di mana speaker itu tak perlu menjadi calon di Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan pembubaran DUN pada 26 Oktober 2026 (Isnin), sekali gus membuka laluan kepada pelaksanaan PRU Sarawak ke-13.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU