ARTIKEL

Larian Ora Et Labora Himpun 1,300 Peserta di Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persatuan Bekas Pelajar St. Joseph (Old Josephians’ Association, OJA) Kuching berjaya menghimpunkan kira-kira 1,300 peserta menerusi penganjuran edisi kesembilan Larian Ora Et Labora pada 24 Oktober lalu.

Acara yang disertai pelajar, alumni dan orang awam itu bertujuan mengeratkan hubungan dalam kalangan keluarga Josephian, merangkumi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Joseph, Sekolah Swasta St. Joseph dan Sekolah Antarabangsa St. Joseph.

Sekitar rakaman ketika Sim serta tetamu kehormat yang lain hadir ke penganjuran edisi kesembilan Larian Ora Et Labora anjuran Persatuan Bekas Pelajar St. Joseph (OJA) Kuching pada 24 Oktober lalu.

Larian itu dilepaskan oleh Timbalan Premier, merangkap Presiden OJA, Datuk Amar Prof Dr. Sim Kui Hian, bersama-sama beberapa bekas pelajar SMK St Joseph, iaitu Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah; Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Ahmad Ibrahim; serta Uskup Agung Keuskupan Agung Roman Katolik Kuching, Datuk Dr Simon Peter Poh.

Berucap pada majlis berkenaan, Sim memuji ketiga-tiga sekolah berkenaan dan alumninya yang berjaya berhimpun menerusi acara Back-to-School Games pada Julai lalu sempena sambutan Hari Sarawak, sebelum kembali bersama-sama menyertai larian berkenaan.

Menurutnya, penyertaan itu mencerminkan perpaduan berterusan serta hubungan erat dalam kalangan keluarga Josephian ketiga-tiga sekolah berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Sim memaklumkan bahawa sekolah itu kini menjalani kerja pembinaan di bawah Fasa 1 Pelan Induk Sekolah St Joseph.

Katanya, fasa pertama memberi tumpuan kepada penaiktarafan infrastruktur utama, termasuk pembinaan amfiteater bagi menyokong aktiviti kokurikulum serta penyediaan ruang santai untuk pelajar berehat dan berinteraksi.

“Pelaksanaan fasa itu memerlukan peruntukan RM1.6 juta dan dijangka siap dalam tempoh enam bulan, iaitu menjelang April 2027, sebagai persediaan menyambut ulang tahun ke-145 sekolah berkenaan.

“Bekas pelajar yang berjaya tampil menghulurkan sumbangan atau tajaan bagi memastikan legasi kecemerlangan dan perpaduan sekolah itu dapat diteruskan untuk generasi akan datang,” ujarnya.

Mengenai Larian Ora Et Labora, ia turut menjadi platform mengumpul dana bagi menyokong aktiviti kokurikulum pelajar, selain menyediakan ruang untuk bekas pelajar bertemu semula dan menyumbang kepada sekolah alma mater masing-masing.

Acara itu menawarkan tiga kategori, iaitu berjalan kaki sejauh 1.4 kilometer (km), larian santai 5km dan larian kompetitif 10km bagi kategori terbuka lelaki dan wanita.

Semua peserta yang menamatkan larian menerima pingat penamat, manakala 10 pelari terbaik bagi kategori kompetitif 10km menerima hadiah wang tunai.

Dalam pada itu, acara berkenaan turut menyaksikan penyerahan cek sumbangan daripada geran tahunan Kerajaan Sarawak berjumlah RM30 juta melalui Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) bagi 2026 kepada tiga sekolah mubaligh.

Sumbangan itu bertujuan membiayai kerja menaik taraf infrastruktur, pembaikan dan penyelenggaraan serta pembelian peralatan pengajaran.

Cek berkenaan disampaikan oleh Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy dan PETROS), Datuk Ibrahim Baki.

SMK St. Joseph menerima RM175,570.05, manakala SMK St. Theresa menerima RM130,000 dan SK St. Theresa menerima RM129,994.30.

BERITA LAIN

Kerjasama semua kaum tunjang kemajuan Sarawak

TANJUNG MANIS: Keharmonian masyarakat berbilang kaum dan kestabilan politik mesti dipertahankan bagi memastikan agenda pembangunan Sarawak dapat dilaksanakan secara berterusan, khususnya ketika negeri itu bersiap

Fadillah gesa percepat Grid Tenaga ASEAN

KUCHING: Malaysia menggesa kerjasama serantau diperkukuh bagi mempercepat pembangunan Grid Tenaga ASEAN (ASEAN Power Grid) sebagai langkah strategik menjamin keselamatan bekalan elektrik dan memperkukuh daya

BERITA TERBARU

Kennedy Chukpai Ugon Hargai Sokongan Penduduk Murum

BINTULU: Penyandang ADUN Murum, Kennedy Chukpai Ugon merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat di kawasan itu atas kepercayaan, sokongan serta kerjasama yang

SKS 2026 Sri Aman Sasar 100,000 Pengunjung

SIMANGGANG: Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Sri Aman yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat sehingga 1 November depan menyasarkan kehadiran lebih 100,000 pengunjung