ARTIKEL

Latihan amali Imam, Bilal Tarawih

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LATIHAN amali imam dan bilal Ikmas bagi solat Tarawih sepanjang Ramadan 1444H berlangsung dengan jayanya.

Latihan dilakukan di surau Darul Taqwa, Selang Laut, surau an-Nur Taman Seri Putri, masjid Darul Halim, Temenggong, masjid Darul Hasanah, Selang Ulu, masjid Darul Istiqlaal, Sungai Maong dan masjid Darul Solihin, Telaga Air.

Program anjuran Cawangan Latihan Dai’e dan Kokurikulum Ikmas ini bertujuan meningkatkan kemahiran dan keyakinan pelajar untuk menjadi imam dan bilal dalam suasana yang berbeza, meningkatkan kualiti dakwah pelajar Ikmas, menimba pengalaman serta merapatkan lagi hubungan Ikmas dengan penduduk setempat.

Ia juga bertujuan membuat persediaan kepada pelajar sebelum menjalankan amali dakwah pada masa yang ditetapkan.

Pegawai yang membimbing pelajar tersebut ialah Ustaz Shahril Othman, Ustaz Dahlan Daut, Ustaz Razali Sepawi dan Ustaz Abdul Hady Adenan.

Pelajar-pelajar yang terlibat ialah pelajar lelaki semester dua dan empat Ikmas. Mereka diberi jadual untuk bertugas sebagai imam dan bilal di masjid dan surau berdekatan sepanjang Ramadan bagi tahun ini.

Alhamdulillah, sepanjang program ini dijalankan, Ikmas mendapat maklum balas dan sokongan yang amat memberangsangkan daripada penduduk setempat.

Mereka berharap agar program latihan seumpama ini sentiasa diteruskan pada masa akan datang serta hubungan yang terjalin antara Ikmas dengan penduduk setempat berkekalan.

Sekalung penghargaan kepada masjid dan surau yang terlibat kerana menyambut baik kehadiran pelajar dan kakitangan Ikmas.

Ikmas juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar kerana berani menggalas tanggungjawab ini dan berjaya melaksanakannya dengan baik.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan

BERITA TERBARU

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan