Pesawat Air China membawa Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China ke-14, Zhao Leji mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8.15 pagi ini.
Lawatan kerja tiga hari Zhao di Malaysia bermula hari ini disambut oleh Duta China ke Malaysia Ouyang Yujing,
Timbalan Speaker Dewan Rakyat Alice Lau Kiong Yieng dan Ketua Protokol Kementerian Luar Mohd Aini Atan.
Selepas Maghribi dan Senegal, Malaysia merupakan negara ketiga dan terakhir untuk lawatan kerja Zhao.
Zhao dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika lawatan kerjanya itu.






