ARTIKEL

Lazada perkenal dasar pemulangan dan bayaran balik baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Lazada, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara, memperkenalkan dasar pemulangan dan bayaran balik baharu bagi membolehkan pembeli menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih fleksibel dan tanpa bimbang.

Lazada dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, menerusi dasar baharu itu, pembeli boleh menikmati beberapa faedah utama, iaitu pulangan mudah selama 30 hari dari tarikh penghantaran untuk semua pembelian melalui LazMall dan Choice.

“Anda kini mempunyai masa sebulan untuk mempertimbangkan pembelian dan boleh meminta pemulangan dan bayaran balik dengan mudah apabila mengubah fikiran, sama ada untuk pakaian tidak sesuai atau barangan rumah yang tidak sepadan dengan hiasan dalaman kediaman,” menurut kenyataan itu.

Dasar ‘Change of Mind’ pula kini terpakai bagi rangkaian produk dan kategori lebih luas di seluruh platform Lazada.

Selain itu, pembeli juga menerima faedah, iaitu bayaran balik lebih pantas sebaik pesanan berjaya dikembalikan kepada rakan kongsi logistik melalui penghantaran (drop-off) atau pengambilan (pick-up).

“Dengan proses yang diperkemaskan, Lazada dapat mengurangkan masa menunggu untuk memastikan pelanggan menerima bayaran balik tanpa penangguhan.

“Dalam sesetengah kes, bayaran balik akan dibuat dengan serta-merta selepas pelanggan memulakan proses pemulangan,” menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut tentang dasar pemulangan dan bayaran balik baharu Lazada, layari https://www.lazada.com.my/helpcenter/cancellations-returns-and-refunds/. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Langgur ngemanah ICQS Biawak agi dipansik

KUCHING: Langgur ngemanahka Kompleks Imigresyen, Kastam, Kuarantin enggau Pengelikun (ICQS) Biawak agi dipansik nengah ‘feasibility study’ Pelin Besai Pemansang Kandang Menua Sarawak. Menteri Dagang Temuai,