ARTIKEL

Le Pen dibicarakan berhubung penyelewengan dana EU

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PARIS, Perancis: Marine Le Pen dan bersama beberapa pemimpin nasionalis berhaluan kanan lain di sini akan dihadapkan ke Mahkamah Jenayah di sini esok.

Mereka dituduh menerima dana bagi kakitangan rekaan di Parlimen Eropah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Selain Le Pen, bapanya, Jean-Marie Le Pen, yang juga pengasas parti National Rally, turut didakwa bersama 28 individu lain atas tuduhan menyeleweng dana awam.

Marine menafikan segala tuduhan yang dikemukakan, yang meliputi tempoh dari 2004 hingga 2016.

Tuduhan itu mendakwa bahawa parti National Rally menerima dana daripada Parlimen Eropah bagi pembantu Parlimen yang sebenarnya bekerja untuk parti itu.

Jumlah dana yang terlibat dianggarkan hampir €7 juta (RM23.13 juta).

Marine membayar balik €330,000 (RM1.514 juta) kepada Parlimen Eropah setahun lalu, namun partinya menegaskan bahawa pembayaran itu bukanlah pengakuan terhadap sebarang salah laku.

Jika didapati bersalah, tertuduh boleh dikenakan denda dan dihukum penjara selama 10 tahun.

Selain itu, tertuduh juga berdepan kemungkinan diisytiharkan hilang kelayakan memegang jawatan awam selama lima tahun.

Ini boleh memberi kesan terhadap pencalonan Marine bagi Pilihan Raya Presiden 2027. – BERNAMA-dpa

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU