ARTIKEL

Lebih 20 penduduk, 14 anggota RELA bersih Dewan Kampung Sok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MATU: Lebih 20 penduduk bersama 14 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Matu berganding bahu membersihkan Dewan Kampung Sok semalam bagi memastikan kemudahan itu kekal bersih dan selesa untuk aktiviti kemasyarakatan.

Program gotong-royong itu dianjurkan oleh jawatankuasa pengurusan dewan dengan kerjasama RELA Matu sebagai langkah meningkatkan kebersihan serta menceriakan persekitaran dewan berkenaan.

Pengerusinya, Nooraziahazimah Jeramatin berkata, aktiviti seumpama itu dilaksanakan secara berkala bagi memastikan kemudahan berkenaan sentiasa terjaga.

“Usaha ini penting bagi menyediakan persekitaran yang bersih, kemas dan selesa untuk pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

“Kerjasama yang ditunjukkan penduduk dan anggota RELA membuktikan kepentingan semangat saling membantu dalam menjayakan aktiviti yang memberi manfaat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua penduduk yang meluangkan masa dan tenaga bagi memastikan program itu berjalan lancar.

Menurutnya, amalan gotong-royong bukan sekadar menitikberatkan kebersihan fizikal, malah menjadi wadah untuk merapatkan hubungan silaturahim serta memupuk sikap prihatin sesama penduduk.

“Saya berharap kerjasama seumpama ini dapat diteruskan secara konsisten bagi membentuk masyarakat yang harmoni, bersatu padu dan bertanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

PDP sedia pertahan lapan kerusi dalam PRN Sarawak

BAU: Masih banyak perancangan pembangunan perlu dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tasik Biru untuk merealisasikan hasrat menjadikan Bau sebuah bandar maju menjelang 2030.