ARTIKEL

Gambar tangkap layar pengguna X

Lebih 3.2 juta pelajar terjejas akibat gempa bumi Mindanao

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MANILA: Jabatan Pendidikan Filipina memberi jaminan keselamatan pelajar akan diutamakan sebelum sesi persekolahan disambung semula di kawasan yang terjejas akibat gempa bumi di Mindanao.

Lebih 3.2 juta pelajar serta 128,000 guru dan kakitangan dilaporkan terkesan susulan gempa bumi dan gegaran susulan di beberapa wilayah.

Menurut Bernama, pihak berkuasa telah mengaktifkan pelan tindak balas kecemasan serta menjalankan pemeriksaan keselamatan terhadap bangunan sekolah.

Setakat ini, sebanyak 6,224 sekolah dilaporkan terjejas akibat bencana berkenaan.

Jabatan Pendidikan turut menggesa semua sekolah memperkukuh langkah kesiapsiagaan termasuk latihan gempa bumi dan prosedur pemindahan kecemasan.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Urus tanah gambut secara menyeluruh

KUCHING: Sarawak perlu memperkukuh pengurusan tanah gambut secara menyeluruh bagi mencegah kebakaran dan mengurangkan risiko jerebu, terutama menerusi strategi berasaskan sains dan perancangan jangka panjang.