Lebih tiga juta tan karbon dioksida setara (CO2e) berjaya dikurangkan tahun lepas, menerusi program Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 (LCC2030C), kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata jumlah penyerapan karbon yang dicapai melalui inisiatif berkenaan adalah sebanyak 45,195.22 tan karbon dioksida (CO2) bersamaan penanaman 76,889,807 juta batang pokok atau pengurangan penggunaan sebanyak 665,765 buah kereta setahun di jalan raya.
“Kerajaan berharap menjelang 2030, Malaysia mencapai sasaran mewujudkan 200 Zon Rendah Karbon dan 1,000 Rakan Kongsi Rendah Karbon di semua 155 PBT di Malaysia,” katanya.






