ARTIKEL

SKS…Sekitar kemeriahan SKS 2026 Bahagian Kapit yang disempurnakan oleh Premier, hari ini. Foto: Ghazali Bujang

Lebih 5,000 Pengunjung Meriahkan Hari Kedua Program Sarawakku Sayang di Kapit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KAPIT: Program Sarawakku Sayang (SKS) mengukuhkan peranannya sebagai platform yang menghubungkan kerajaan dengan rakyat apabila lebih 5,000 pengunjung membanjiri hari kedua program itu di Pekarangan Dewan Suarah Kapit.

Sejak awal pagi, orang ramai dari seluruh Kapit dan kawasan berhampiran memenuhi tapak program yang diadakan bermula 26 hingga 28 Jun ini bagi mendapatkan pelbagai perkhidmatan kerajaan, mengikuti pameran, menjalani saringan kesihatan serta memperoleh maklumat berkaitan inisiatif pembangunan dan pendidikan yang disediakan kerajaan negeri.

Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Program Sarawakku Sayang diwujudkan sebagai platform komunikasi dua hala yang membolehkan kerajaan menjelaskan dasar pembangunan negeri serta mendengar sendiri pandangan dan keperluan rakyat.

“Kita menganjurkan Program Sarawakku Sayang untuk menerangkan dasar yang dilaksanakan kerajaan, menerima maklum balas daripada rakyat supaya maklumat ini dapat dijadikan asas dan data dalam merangka dasar Sarawak pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Sarawakku Sayang Bahagian Kapit 2026, dekat sini, hari ini.

Katanya, program ini turut memberikan pelbagai input penting kepada kerajaan, khususnya dalam bidang kesihatan dan pendidikan.

Pada majlis yang sama, lima pelajar di Bahagian Kapit menerima tawaran mengikuti pendidikan berasaskan Kurikulum Cambridge International di Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak (YSISS).

Pembiayaan penuh kerajaan negeri bernilai kira-kira RM115,000 bagi setiap pelajar sepanjang tempoh lima tahun tersebut merangkumi yuran persekolahan, buku teks, penginapan, makanan dan kemudahan pembelajaran.
Sementara itu, 11 lagi pelajar menerima tawaran melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi milik Kerajaan Sarawak menerusi FTES yang menyediakan pembiayaan penuh yuran pengajian, kemudahan penginapan dan elaun sara hidup dengan nilai tajaan antara RM77,000 hingga RM174,600, bergantung kepada program pengajian yang diikuti.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Langgur ngemanah ICQS Biawak agi dipansik

KUCHING: Langgur ngemanahka Kompleks Imigresyen, Kastam, Kuarantin enggau Pengelikun (ICQS) Biawak agi dipansik nengah ‘feasibility study’ Pelin Besai Pemansang Kandang Menua Sarawak. Menteri Dagang Temuai,