Victoria, Australia: Seorang lelaki warga Australia yang didakwa merempuh pusat beli-belah yang sibuk dengan menggunakan kereta hadir di mahkamah pada Selasa.
Dia dikenakan 13 tuduhan berkaitan kelakuan dan kesalahan memandu, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik media tempatan.
Lawrence Gardam, 45, didakwa memandu kereta merentasi pusat beli-belah di Bandar Sale, Victoria, pada Isnin, lapor Perbadanan Penyiaran Australia.
Dia didakwa memandu melalui kawasan medan makanan sebelum keluar di sisi sebelah dan melarikan diri dari tempat kejadian.
Tuduhan terhadapnya termasuk melibatkan kelakuan cuai yang membahayakan nyawa orang ramai, memandu kenderaan bermotor dengan cara yang berbahaya kepada orang awam, dan memandu di bawah pengaruh dadah terlarang. — BERNAMA



