ARTIKEL

TERBAKAR… Keadaan kenderaan mangsa yang terbakar dalam satu insiden di Lorong Sentosa 2, Kota Sentosa, pagi tadi.

Lelaki Ajaib Hidup Selepas Terperangkap Dalam MPV Terbakar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki cedera melecur selepas kenderaan jenis MPV yang dinaikinya terbakar dalam satu insiden di Lorong Sentosa 2, Kota Sentosa, pagi tadi.

Insiden yang berlaku sekitar jam 8 pagi itu menerima maklum balas pantas daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Sentosa yang tiba di lokasi lima minit kemudian, kira-kira 4 kilometer dari balai.

Menurut Komander Operasi, PBK II (TBK I) Awang Iskandar Rashid Awang Seruji, pemeriksaan mendapati MPV berkenaan terbakar kira-kira 30 peratus pada bahagian dalam kenderaan.

“Bagaimanapun, api sudah padam sepenuhnya sebelum ketibaan pasukan,” katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau, mangsa berusia 36 tahun mengalami kecederaan melecur dan segera diberikan bantuan awal sebelum dibawa oleh anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke Klinik Kesihatan Kota Sentosa untuk rawatan lanjut.

Katanya, pasukan Keluaran Operasi (PKO) kemudian melakukan pemeriksaan rapi bagi memastikan tiada punca api tertinggal serta mengelakkan risiko kebakaran semula.

“Pemeriksaan turut meliputi bahagian dalaman dan sekitar kawasan kejadian sebelum pasukan memastikan keadaan benar-benar selamat.

“Operasi yang melibatkan lapan anggota dengan sebuah jentera FRT itu ditamatkan pada jam 9.03 pagi setelah semua aspek keselamatan dipastikan terkawal,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU