ARTIKEL

Abang Johari ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis graduasi Swinburne di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini. 

“Lelaki dan warga tempatan” Premier dedah gambaran awal calon PBB PRK Jepak 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: “Calon kita lelaki dan orang tempatan.”

Itu bayangan awal diberikan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengenai calon yang dipertaruhkan oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) untuk mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi mempertahankan kerusi DUN Jepak dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan pada 4 November nanti.

Bagaimanapun Pengerusi GPS itu berkata, calon yang bakal bertanding bagi kerusi tradisi PBB itu akan diketahui pada masa terdekat. 

“Insya-Allah, tunggu esok atau lusa.. kita akan ketahui (nama calon) nanti.

“Pertamanya calon kita adalah lelaki dan keduanya adalah warga tempatan ” katanya.

Presiden PBB itu berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis graduasi Swinburne di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini. 

Terdahulu pada 25 September lalu, Abang Johari mengesahkan calon yang akan mempertahankan kerusi DUN Jepak untuk PRK 4 November depan adalah daripada komponen PBB. 

Pihaknya sudah mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon yang paling sesuai.

PRK Dun Jepak diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Talib Zulpilip akibat komplikasi buah pinggang pada 15 Sept lepas. Talib, 72, adalah penyandang kerusi itu selama enam penggal sejak 1996.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak, calon GPS Allahyarham Datuk Talib Zulpilip menang dengan majoriti 4,243 undi dalam pertembungan empat penjuru melibatkan calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) Raba’ah Tudin, Stevenson Joseph daripada Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan calon bebas Tuah Kazan.

PRK Jepak kali ini bakal menyaksikan pertambahan pengundi daripada 14,643 semasa PRN12 kepada 22,804 pemilih terdiri daripada 22,761 pengundi biasa dan 43 anggota polis.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Langgur ngemanah ICQS Biawak agi dipansik

KUCHING: Langgur ngemanahka Kompleks Imigresyen, Kastam, Kuarantin enggau Pengelikun (ICQS) Biawak agi dipansik nengah ‘feasibility study’ Pelin Besai Pemansang Kandang Menua Sarawak. Menteri Dagang Temuai,