KUCHING: Seorang lelaki tempatan didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, kerana merogol kenalan bawah umur di dalam sebuah kereta ketika mereka berada di sebuah pantai di Lundu, Mac tahun lalu.
Tertuduh bekerja sebagai penyelia di sebuah syarikat pembinaan berusia 31 tahun itu mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Iris Awen Jon.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia 15 tahun di dalam sebuah kereta di tepi pantai di Lundu, sekitar 7 petang, 4 Mac 2025.
Pendakwaan kes di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Chuah Kai Sheng tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh kerana ia bukan kesalahan yang boleh diikat jamin.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh tidak diikat jamin dan memerintahkan dia direman sehingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula bagi pengurusan kes pada 15 April depan.
Tertuduh hadir di mahkamah diwakili Peguam Francis Teron.






