ARTIKEL

Gambar hiasan

Lelaki didenda RM2,500 terlibat judi dalam talian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman denda RM2,500 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan terlibat dalam aktiviti judi dalam talian di sebuah kafe, Februari lepas.

Tertuduh, Farezal, 35, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Leona Dominic Mojiliu.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa terlibat dalam perjudian di tempat awam menggunakan sebuah telefon pintar di sebuah kafe di Jalan Penrissen, sekitar jam 10.45 pagi, 27 Februari lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan polis menjalankan serbuan di premis berkenaan melalui Op Dadu selepas dipercayai terdapat aktiviti perjudian tanpa lesen.

Polis menahan tertuduh serta merampas sebuah telefon pintar, wang tunai berjumlah RM40, sekeping kertas mengandungi kata laluan perjudian dan sebuah modem wifi.

Hasil analisis pakar judi mengesahkan peranti yang digunakan tertuduh mengandungi aplikasi perjudian.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Aidil Akmal Sharidan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke