SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Lelaki didenda RM7,800 miliki dadah seberat 0.30 gram syabu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Gambar hiasan

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman denda RM7,800 oleh Mahkamah Majistret hari ini, kerana memiliki 0.30 gram syabu dan terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Tertuduh Yeremiah Tommy, 46, dari Batu Kawa mengaku bersalah atas tiga pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan dua Majistret berasingan.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta yang sama, kerana memiliki dadah jenis Methamphetamine seberat 0.30 gram.

Dia didakwa memiliki bahan terlarang itu dalam sebuah kereta sedan hadapan sebuah kedai makan di Jalan Kempas, kira-kira jam 12.05 tengah malam, 13 Mei 2022.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun.

Bagi kesalahan itu, Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali menjatuhkan hukuman denda RM2,900 atau enam bulan penjara.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (1) akta yang sama.

Baca lain  Rupa-rupanya penjenayah, penagih dadah

Majistret Syarifah menjatuhkan hukuman denda RM2,100 atau penjara tiga bulan bagi pertuduhan kedua. Manakala, Majistret Zubaidah Sharkawi menjatuhkan hukuman denda RM2,800 atau tiga bulan penjara bagi pertuduhan ketiga terhadap tertuduh.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Ibu dari neraka

KUCHING: Seorang wanita tempatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini,

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru