ARTIKEL

SUSPEK dipercayai pengedar dadah ditahan ketika Op Tapis di Ladang Sawit Empayang pada Jumaat.

Lelaki ditahan bersama dadah di Ladang Sawit Empayang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KABONG: Sebanyak 0.7 gram dadah jenis syabu ditemui di dalam beg duit seorang lelaki ketika Op Tapis di Ladang Sawit Empayang.

Menurut Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mathew Manggie, bertindak atas maklumat, pasukan petugas khas IPD Saratok membuat pemeriksaan ke atas seorang lelaki berusia 25 tahun disyaki pengedar dadah.

BARANG kes dipercayai syabu yang turut dirampas.

“Ketika memeriksa beg duit yang disimpan di poket kanan seluar suspek, polis menjumpai dua peket plastik lut sinar berisi bahan disyaki dadah jenis syabu seberat 0.7 gram,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Selepas ujian saringan air kencing, pemuda berkenaan disahkan positif dadah jenis amfetamin dan methamfetamin.

Sehubungan itu, polis menyiasat lanjut kes di bawah Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan