ARTIKEL

Lelaki hilang di Sungai Selui: Pencarian dihentikan sehingga ada petunjuk baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAKUN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki, Ali Lungak, 50-an, yang hilang di Sungai Selui berhampiran Empangan Bakun, sejak dua minggu lalu, dihentikan hari ini berikutan gagal menemui sebarang petunjuk baru.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, hasil perbincangan dengan polis dan keluarga mangsa, mereka mencapai persetujuan untuk menghentikan SAR disebabkan operasi menemui jalan buntu.

“Operasi SAR diberhentikan terus sehingga petunjuk baharu ditemui atau maklumat lain diterima,” katanya dalam kenyataan media, petang tadi.

Menurutnya, jarak operasi pencarian diperluaskan sejauh 10 kilometer daripada lokasi kali terakhir mangsa dilihat.

Pencarian, katanya, terbahagi kepada dua kumpulan dengan pasukan pertama melakukan pencarian di sekitar tepi sungai manakala pasukan kedua di darat menggunakan drone milik PDRM untuk pencarian melalui udara .

Namun, operasi SAR dihentikan pada jam 3.30 petang selepas usaha mencari Ali gagal.Laporan berhubung kehilangan Ali di buat sekitar jam 6.44 pagi Isnin lalu, oleh ahli keluarganya.

pencarian di darat

berbincang tindakan lanjut

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan