ARTIKEL

Lelaki lemas ketika tangkap ikan di Sungai Pedanum Pakan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PAKAN: Seorang lelaki ditemui lemas selepas dilaporkan tenggelam ketika menangkap ikan di Sungai Pedanum di sini petang semalam. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Nicholas Belulin berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira lima meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat.

LEMAS… Pasukan SAR membantu mengangkat mayat mangsa.

Sebelum itu katanya, sepasukan anggota bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 1.30 petang. 

“Operasi SAR bermula jam 2.52 petang menggunakan teknik pencarian di permukaan air sehingga mangsa dijumpai tidak lama kemudian, ” katanya ketika dihubungi. 

Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannyadiserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. 

Berikutan penemuan itu katanya, operasi SAR tamat sepenuhnya jam 6 petang. 

“Operasi turut dibantu dua anggota polis, seorang anggota Rela dan 20 orang penduduk kampung,” katanya. 

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Peranak Bukit Saban nerima pala tanah

SPAOH: Bisi 350 peranak sitak Bukit Saban diatu berasai lantang lebih nerima Surat Pala Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak. Surat pala tanah nya meri

KMKK meseti pintar ngemansang Spaoh

SPAOH: Bala Tuai Komuniti enggau Tuai Raban Bansa (KMKK) dipinta ngena pemintar runding enggau berani nyerungkai peluang baru ngadu pemansang Spaoh nipak ubah dunya. Sapit