ARTIKEL

Keadaan sisa kebakaran rumah setinggan di seberang Pekan Sangan, Tatau, selepas kebakaran besar yang mengorbankan seorang lelaki OKU. —Foto PGO Bomba Sarawak

Lelaki OKU Rentung Dalam Kebakaran Di Tatau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TATAU: Seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) ditemukan rentung dalam kebakaran yang memusnahkan 30 buah rumah setinggan di seberang Pekan Sangan, lewat malam Khamis.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak dalam kenyataannya berkata, mangsa dikenali sebagai Geruna Enchana, 22, ditemukan pada 2.36 pagi di lokasi kejadian.

Menurut kenyataan itu lagi, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.18 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau digerakkan ke lokasi.

“Kebakaran melibatkan 31 rumah setinggan struktur tidak kekal, dengan 30 rumah musnah sepenuhnya dan sebuah rumah berjaya diselamatkan,” menurut kenyataan itu.

Operasi pemadaman berdepan cabaran apabila lokasi kejadian berada di seberang sungai tanpa akses jalan raya, menyebabkan peralatan pemadaman terpaksa dibawa menggunakan perahu penduduk kampung.

Pasukan membentang satu aliran sepanjang 400 kaki menggunakan pam angkut GP10/10 dengan sumber air terbuka dari sungai berhampiran bagi mengawal dan memadam kebakaran,” katanya.

Keadaan di lokasi kebakaran di Seberang Pekan Sangan, Tatau, yang memusnahkan puluhan rumah setinggan, dengan seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) ditemukan rentung dalam kejadian lewat malam Khamis. — Foto PGO Bomba Sarawak

Menurut kenyataan itu, tindakan pantas pasukan bomba berjaya menghalang api daripada merebak ke kawasan berhampiran termasuk sebuah rumah dan bangunan sekolah.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Dalam kejadian itu, seramai 97 penduduk daripada 23 keluarga terjejas, namun tiada kecederaan lain dilaporkan.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

BERITA TERBARU

Bina impian anak Sarawak

SETIAP kali Belanjawan Sarawak dibentangkan, perhatian masyarakat lazımnya tertumpu pada angka peruntukan, projek pembangunan dan pelan ekonomi negeri. Namun, ukuran sebenar kejayaan sesebuah belanjawan bukan

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga