ARTIKEL

Lelaki pukul jiran dengan besi akibat dendam lama

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MELAKA: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memukul jirannya dengan sebatang besi akibat pertengkaran mulut, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata suspek berusia 40 tahun itu ditahan kira-kira 1 tengah hari, hari sama selepas mangsa yang merupakan lelaki berusia 65 tahun membuat laporan di Balai Polis Kandang.

“Pada hari kejadian kira-kira 8.30 pagi, ketika pengadu (mangsa) yang juga seorang pesara keluar untuk berjogging, suspek membuat provokasi dengan membaling mercun ke arah rumahnya, namun mangsa mengabaikan dan meneruskan aktivitinya.

“Apabila selesai, pengadu terserempak dengan suspek dan berlaku pertengkaran mulut selain perbuatan meludah ke muka masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata suspek memarahi mangsa serta mengambil sebatang besi lalu memukul ke arahnya dan mangsa cuba mengelak, namun terkena pada bahagian lutut kiri yang menyebabkannya mengalami kesakitan serta bengkak.

Christopher berkata berlaku pergelutan antara mangsa dengan suspek dan suspek kemudian meninggalkan tempat terbabit.

“Kejadian itu dipercayai akibat dendam lama antara suspek dan mangsa kerana menegur mangsa yang membuat bising dengan suka berkaraoke sehingga mengganggu keluarganya.

“Sejak dari itu, kedua-dua belah pihak tidak bertegur sapa antara satu sama lain,” katanya sambil menambah suspek direman hingga Khamis ini untuk siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.– BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU