ARTIKEL

Lelaki tempatan terima padah main judi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan didenda RM1,600 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah bermain judi dalam talian di tempat awam, Mac lalu.

Tertuduh, Jamali, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah, Nuraini Ahmad.

Mengikut pertuduhan, dia didapati bermain judi di tempat awam menggunakan sebuah telefon bimbit di sebuah premis berhampiran Jalan Tondong, Batu Kawa sekitar jam 9.35 malam, 6 Mac lepas.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan menjalankan Op Dadu di lokasi kejadian sebelum menahan tertuduh yang disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian dalam talian.

Polis turut merampas sebuah telefon bimbit, sekeping keratan kertas mengandungi ID dan kata laluan serta wang tunai RM20 bagi membantu siasatan.

Hasil analisis pakar judi mendapati telefon bimbit yang dirampas mengandungi aplikasi perjudian dalam talian dan tertuduh didapati sedang bermain judi ketika serbuan dilakukan.

Susulan itu, tertuduh didakwa di mahkamah atas kesalahan berkenaan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azhari Yusof manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU