ARTIKEL

Lelaki tertembak mati rakan sendiri ketika memburu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEREMBAN: Seorang lelaki berusia 52 tahun mengaku tertembak mati rakannya semasa memburu di kawasan hutan berhampiran Muka Sauk, Kuala Klawang, Jelebu pada 24 April lepas.

Ketua Polis Daerah Jelebu, DSP Maslan Udin berkata lelaki berkenaan menyerah diri di Balai Polis Titi pada 8.30 malam hari yang sama dan memaklumkan tertembak rakannya berusia 61 tahun.

“Kejadian berlaku awal pagi 24 April, dan siasatan polis mendapati suspek dan mangsa telah masuk ke kawasan hutan tersebut dengan membawa senjata api buatan sendiri bagi tujuan memburu. 

“Semasa sedang memburu, suspek telah melepaskan tembakan kepada mangsa yang disangkanya seekor kijang. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata tangkapan dibuat ke atas suspek dan merampas selaras senjata api disyaki buatan sendiri serta beberapa butir peluru hidup dan kelongsong peluru. 

Lelaki berkenaan direman enam hari hingga 30 April untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.- BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan