ARTIKEL

Keadaan kenderaan MPV IPD Padawan selepas bertembung dengan sebuah Perodua Axia di kawasan Batu 11, Jalan Kuching-Serian pagi tadi.

Lelaki, wanita cedera selepas kereta bertembung MPV IPD Padawan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Seorang lelaki dan wanita cedera selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan MPV Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan di kawasan Batu 11, Jalan Kuching-Serian.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Barry William berkata kejadian dilaporkan kira-kira jam 10.10 pagi tadi, ketika kenderaan MPV yang dinaiki dua anggota polis sedang menjalankan tugas rondaan dari arah Serian menuju ke Kuching, sebelum bertembung dengan Perodua Axia yang bergerak dari arah Kuching ke Serian selepas memasuki laluan bertentangan.

Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa dari dalam kenderaan Perodua Axia yang terbabas selepas bertembung dengan kenderaan MPV IPD Padawan di kawasan Batu 11, Jalan Kuching-Serian pagi tadi.

Katanya sejurus kemalangan, kedua-dua anggota polis itu bergegas memberikan bantuan kepada kedua-dua mangsa Perodua Axia yang terbabas masuk ke dalam longkang dan terus menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta pihak ambulans.

“Mangsa kenderaan Perodua Axia iaitu seorang lelaki berusia 57 tahun dan seorang wanita berusia 73 tahun dirujuk ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut.

“Tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan,” katanya dalam kenyataan.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian berkenaan.

Barry berkata sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan IPD Padawan di talian 082-862233 bagi membantu siasatan pihak polis.

BERITA LAIN

Wanita rentung dalam kebakaran

KUCHING: Seorang wanita berusia 35 tahun ditemukan rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Taman Kim Pang di sini, petang tadi. Jurucakap

BERITA TERBARU

Wanita rentung dalam kebakaran

KUCHING: Seorang wanita berusia 35 tahun ditemukan rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Taman Kim Pang di sini, petang tadi. Jurucakap