Trending

Lelaki, wanita didenda salah guna dadah 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Foto: BERNAMA

KUCHING: Seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing dijatuhi hukuman denda RM2,800 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah jenis syabu.
  
Tertuduh Dayang Noor Najwa, 22, dan Zamree Salleh, 31, masing-masing mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Mengikut kertas pertuduhan, Dayang Noor didapati positif dadah jenis Methylenedioxy-amphetamine (MDA) & 3,4-Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) ketika di tahan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPK Sarawak, sekitar jam 7.30 pagi, 25 Jun lalu.

Manakala, Zamree didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine semasa di tahan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPK Sarawak, kira-kira jam 4.10 petang, 16 November 2020.

Oleh itu, kedua-dua mereka masing-masing didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama. 

Sabit kesalahan, boleh dihukum denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun dan serta-merta dikehendaki menjalani pengawasan oleh pegawai selama tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun.

Berdasarkan fakta kes, ketika ditahan pihak polis ujian saringan awal air kencing kedua-dua mereka didapati positif dadah di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPK Sarawak.

Kemudian, sampel urin dibawa ke Jabatan Patologi Hospital Umum Sarawak dan laporan mengesahkan tertuduh positif dadah jenis Syabu.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa ASP Rogayah Rosli manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru

Konvokesyen Ikmas Ke-19

SEKALUNG tahniah diucapkan kepada 64 graduan Ikmas yang terdiri daripada