ARTIKEL

Lelaki warga asing ditemui maut dalam kereta, ada kesan jerutan tali pinggang keledar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BUTTERWORTH: Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dikesan dalam kes penemuan mayat seorang pemuda warga asing berumur 19 tahun dalam sebuah kereta di tapak letak kenderaan terpakai di Bagan Ajam di sini Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Anuar Abd Rahman berkata laporan bedah siasat yang dijalankan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini semalam mengesahkan punca kematian adalah akibat “Ligature Strangulation” atau jerutan pada leher.

Dalam kenyataan kepada media malam tadi, beliau berkata mayat pemuda itu ditemukan pada pukul 2 petang dalam keadaan terbaring dengan leher serta badannya terjerut oleh tali pinggang keledar di bahagian tempat duduk belakang kereta.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, pemuda itu didapati baru datang ke sini dari Kuala Lumpur, dan bekerja di sebuah kedai cuci kereta, tiga hari sebelum ditemukan meninggal dunia.

Anuar berkata polis masih meneruskan siasatan yang diklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut. — BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan