
KUCHING: Penggunaan paparan digital Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) membuktikan rakyat Malaysia mampu mengadaptasi cara kehidupan berasaskan perkhidmatan dalam talian.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin berkata, kementeriannya mengalu-alukan langkah Kementerian Pengangkutan melaksanakan paparan digital, e-LKM dan e-LMM.
“Kita percaya langkah pendigitalan ini selari dengan perkembangan semasa.
“Rakyat Malaysia sudah mengadaptasi teknologi digital dan aplikasi mudah alih yang berasaskan perkhidmatan dalam talian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Jelasnya, LKM dan LMM merupakan perkara wajib kepada semua pemilik kenderaan.
“Kesesakan dan barisan panjang untuk mendapatkan perkhidmatan ini di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjadi isu hangat sejak sekian lama.
“Justeru melalui pendigitalan perkhidmatan JPJ ini, dipercayai membolehkan kerajaan menyampaikan perkhidmatan secara lebih berkesan.
“Kita juga berharap rakyat akan terus mematuhi peraturan dan undang-undang berkaitan dengan paparan LKM dan LMM ini,” ujarnya.




