ARTIKEL

Liga Betong 2027 dijangka bermula lebih awal, BDFA beri ruang cari pemain

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA) dijangka menganjurkan Liga Betong 2027 lebih awal daripada kebiasaan.

Langkah tersebut dilakukan bagi mengelakkan pertembungan dengan beberapa aktiviti lain yang akan diadakan sepanjang tahun.

Selain itu, langkah itu turut memberi ruang awal kepada pihaknya mencari pemain berbakat bagi pembentukan pasukan untuk mengharungi kejohanan berprestij, Liga Premier Sarawak 2027.

Presiden BDFA, Azmi Abdullah, memberitahu bahawa itu antara perancangan awal pihaknya untuk menghadapi musim baharu 2027.

“Kita mahu lebih awal membentuk pasukan Betong bagi menghadapi kempen Liga Premier Sarawak 2027. Justeru, langkah awal dilakukan cuba untuk menganjur Liga Betong 2027 dengan lebih awal,” ujar beliau kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, perkara tersebut masih belum diperhalusi sepenuhnya kerana ia perlu dibincangkan bersama barisan Exco BDFA.

“Kita akan mengadakan mesyuarat bersama barisan Exco BDFA untuk membincangkan perkara itu,” tambah beliau.

Beliau turut mengakui BDFA juga dalam rangka menganjurkan beberapa aktiviti lain sepanjang tahun 2027.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Acara tonggak rancakkan ekonomi luar Kuching

KUCHING: Penganjuran acara tonggak Sarawak bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat, malah turut membantu merancakkan aktiviti ekonomi di kawasan terlibat, khususnya menerusi pelaksanaan pelbagai program