ARTIKEL

Warga emas rugi RM4,500 ditipu penjual tangkal kebal di Serian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Seorang warga emas rugi RM4,500 apabila diperdaya dua lelaki yang menjual tangkal kononnya memberi kekebalan berhampiran Pasar Serian pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Serian, Superintendan Freddy Bian Stanislaus Bian, menyatakan dua lelaki tidak dikenali itu menghampiri mangsa di deretan kedai berhampiran pasar sekitar jam 8 pagi.

Salah seorang suspek mempamerkan sebutir tangkal berwarna coklat dan mendakwa tangkal itu berkuasa luar biasa serta mampu melindungi pemiliknya daripada sebarang kecederaan.

Suspek turut menunjukkan demonstrasi dengan pisau pencukur dan sekeping kertas, sebelum menawarkan tangkal itu pada harga RM7,000 yang tidak mampu dibayar mangsa.

Suspek kemudian mengambil rantai emas mangsa sebagai sebahagian urusan jual beli, lalu melarikan diri dengan kenderaan selepas memberi alasan mahu membeli minuman, manakala polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sedang memburu kedua-dua suspek seperti dilapor TVS.

BERITA LAIN

74 warga Indonesia dipindahkan ke ICQS Tebedu

SERIAN: Seramai 74 warga Indonesia, termasuk dua kanak-kanak dipindahkan dari Depot Imigresen Semuja ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu bagi urusan penghantaran

21 warga asing ditahan dalam Ops Sapu

KUCHING: Seramai 21 warga asing ditahan dalam Ops Sapu yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak di enam lokasi sekitar Kuching, Kota Samarahan dan Gedong,

BERITA TERBARU

Acara tonggak rancakkan ekonomi luar Kuching

KUCHING: Penganjuran acara tonggak Sarawak bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat, malah turut membantu merancakkan aktiviti ekonomi di kawasan terlibat, khususnya menerusi pelaksanaan pelbagai program