ARTIKEL

PILIHAN POPULAR… WFL FC

LIGA BINTULU 2026: Penentuan separuh akhir empat pasukan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Saingan peringkat separuh akhir kempen Liga Bintulu, Piala Presiden BIFA Edisi Ke-3 2026 bermula petang esok (Sabtu).

Bermula misi empat pasukan untuk memburu tiket ke pentas final.

Setiausaha Kehormat BIFA, Musabaqah Meliki memberitahu, perlawansb separuh akhir pertama menyaksikan WFL FC dan Ensumbar FC di padang sintetik BDA pukul 3:30 petang (Sabtu).

PENCABAR UTAMA… Project Park FC

Disusuli aksi separuh akhir kedua antara Project Park FC akan menentang Lakin Kayau FC juga di gelanggang sama pukul 3:30 petang (Ahad).

“Perlawanan yang dijangka sengit membabit kesemua empat pasukan terbabit.

“Kemenangan menjadi buruan mereka untuk mara ke pentas final,” ujar Musabaqah kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan perlawanan terbabit akan berlanjutan ke penentuan sepakan penalti.

Terdahulu, Musabaqah menyeru peminat seluruh Bintulu turun beramai-ramai untuk menyaksikan kedua-dua perlawanan itu.

BERITA LAIN

Sivasangari Selangkah Ke Final Terbuka Mesir

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy wanita negara S. Sivasangari hanya selangkah ke final Terbuka Mesir 2026 selepas mara ke separuh akhir di Giza, semalam. Beraksi di hadapan

BERITA TERBARU

Tambah Kekerapan Penerbangan dari Sibu

SIBU: Kerajaan Sarawak diminta untuk memperkukuh perkhidmatan penerbangan dari Sibu, khususnya laluan ke Kuching, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu apabila kumpulan kedua pesawat tiba untuk