ARTIKEL

Ketua Kaum, Zamzari Suut (tiga kiri), menyepak bola untuk merasmikan liga tersebut.

Liga Bola Sepak Veteran Edisi Khas Otai 45 Tahun 2024: 16 pasukan rebut gelaran juara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ASAJAYA: Kempen Liga Bola Sepak Veteran Edisi Khas Otai 45 Tahun 2024 bermula hari ini.

Sebanyak 16 pasukan bersaing untuk merebut gelaran juara bagi saingan pada kali ini.

Pengerusi Kejohanan, Abdul Muhtalip Tegak menjelaskan, pasukan terlibat pada kali ini mewakili pelbagai kelab dan kampung sekitar Kuching, Kota Samarahan selain daerah Asajaya dan Sadong Jaya.

“Saingan bermula hari ini melibatkan 16 pasukan. Format kejohanan adalah liga peringkat kumpulan pada pusingan awal.

“Dua pasukan terbaik setiap kumpulan selesai pusingan awal layak ke peringkat suku akhir,” ujar Muhtalip kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, aksi final dijadual berlangsung pada 19 Mei ini di gelanggang utama, iaitu padang bola sepak Kampung Tambirat Lot.

Pagi tadi berlangsung majlis perasmian yang telah disempurnakan oleh Ketua Kaum Kampung Tambirat Lot, Zamzari Suut.

Hadir sama Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Samarahan (PBBS), Jalek Jaafar.

Menurut Muhtalip, kejohanan itu dianjurkan oleh V-Foss FC dan menyediakan hadiah menarik buat kelompok tiga pasukan terbaik.

Pasukan yang berjaya muncul juara akan menerima wang tunai RM1,600 berserta piala, pingat dan jersi.

Naib juara pula akan menerima wang tunai RM1,000 bersama piala dan pingat.

“Dua pasukan yang tewas pada peringkat separuh akhir akan menerima wang tunai RM500, piala dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama,” tambahnya.

Sebahagian daripada aksi pemain otai pagi tadi.

BERITA LAIN

15 Individu Tamat Kursus Kejurulatihan

KUCHING: Seramai 15 individu berjaya menamatkan dan lulus Kursus Sijil Kejurulatihan Diploma ‘B’ AFC/FAM yang berlangsung di Kuching. Kursus berkenaan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi