ARTIKEL

MAMPU BUAT KEJUTAN...Antara sebahagian barisan pemain tempatan dalam skuad Machan FC. Sesungguhnya, besar harapan peminat dan pemerhati bola sepak tempatan khususnya di seluruh Sarawak untuk melihat pasukan Machan FC bukan sahaja mampu menyaingi kehebatan pasukan berstatus bintang malah berupaya mencipta kejutan.

Liga M3: Kudrat pemain tempatan taruhan Machan FC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kemunculan pasukan Machan FC di pentas Liga M3 musim ini bakal mencetus persaingan lebih kompetitif dalam kancah liga bola sepak Malaysia.

Kelab yang diilham dan dinaungi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan, Allan Siden Gramong, itu mula menyerlah penampilannya ketika menyertai Liga Bola Sepak Zon Tengah Sibu pada tahun 2022.

Kecemerlangan kelab tersebut berterusan apabila berjaya mara ke peringkat separuh akhir kempen Liga M4 2023 (Al-Ikhsan Cup).

Pencapaian yang diraih itu dilihat luar jangkaan, namun jika mengambil kira kejayaan dicipta itu sesungguhnya boleh meletakkan nama Machan FC di kelas tersendiri.

Dengan kata lainnya, Machan FC boleh dianggap satu lagi kelab baharu dari Sarawak yang mampu mencabar kredibiliti pasukan elit atau kelab sedia ada yang bersaing di Liga M3 musim ini.

Menariknya, Machan FC pada penampilan mereka di pentas Liga M3 mengambil pendekatan menggunakan kudart pemain tempatan yang berbakat.

Seramai 30 pemain yang berada dalam senarai dipilih ketika ini.

Himpunan pemain terbabit mencakupi sepuluh orang yang pernah bersama Machan FC pada musim lepas.

Manakala, selebihnya muka baharu selain bekas pemain-pemain yang pernah menyarung jersi Kuching City FC dan Sarawak United FC seperti Ashri Chuchu yang merupakan bekas penyerang skuad kebangsaan.

Bagaimanapun, Machan FC juga akan mengguna khidmat kudrat tiga pemain kelahiran Sabah.

Ironinya, jika melihat pendekatan diguna pakai pihak pengurusan Machan FC yang cuba menggarap kudrat bakat serta pengalaman barisan pemain tempatan kelahiran Sarawak yang ada.

Tidak keterlaluan untuk mengatakan, impak yang bakal dicetus pasukan ini kelak mampu menghadir igauan ngeri kepada pesaing lain terutama pasukan negeri mahu pun kelab yang turut bersaing kelak.

Apatah lagi, Machan FC musim ini yang diterajui jurulatih berpengalaman luas iaitu David Usop, individu yang mempunyai sejarah serta pencapaian tersendiri.

BERITA LAIN

Samarahan tidak rela berputih mata

BINTULU: Skuad Samarahan bersedia mengharungi baki 90 minit aksi separuh akhir kedua menentang Bintulu di Stadium Bintulu, petang esok. Pasukan itu membawa bekalan kelebihan tiga

SAREX26 dijangka lepasi sasaran 800 peserta

KUCHING: Ekspo E-Sukan Sarawak 2026 (SAREX26) dijangka melepasi sasaran penyertaan 800 peserta apabila 600 orang sudah mengesahkan penyertaan menjelang penganjurannya pada 13 hingga 15 November

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah