ARTIKEL

KE SEPARUH AKHIR...ADUN Machan, Allan Siden Gramong (berdiri di tengah) bergambar bersama pemain.

LIGA M4: Machan FC mara ke separuh akhir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kelab handalan, Machan FC berjaya mara ke separuh akhir bagi kempen Liga M4 (Al Ikhsan Cup) 2023.

Skuad kendalian Andrew Lawadin berjaya menumpaskan kelab dari Kelantan, WTS FC (6-5) pada aksi suku akhir di Stadium Negeri, Petra Jaya malam tadi.

Ia menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-duanya terikat (1-1) sepanjang 120 minit permainan.

Machan FC terdahulu mengemudi pentas saingan menerusi jaringan awal Mohamad Hafiz Abu Bakar minit ke-14 sebelum WTS FC bangkit mengikat kedudukan (1-1) menerusi jaringan penyamaan Mohamad Khairul Rizam minit ke-22.

Barisan pemain Machan FC sebenar boleh melangsaikan tugas untuk tempoh 90 minit mengambil kira peluang dimiliki yang gagal menembusi gawang pelawat.

Hadir sama menyaksikan perlawanan tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan, Allan Siden Gramong.

BERITA LAIN

Harimau Malaya B-15 terbaik ASEAN

KUCHING: Harimau Malaya Bawah 15 Tahun (B-15) muncul sebagai pasukan terbaik Asia Tenggara selepas menamatkan kempen Festival dan Piala Dunia B-15 FIFA 2026 di kedudukan

BERITA TERBARU

Jerebu: 45 kawasan catat IPU sederhana

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di 45 kawasan seluruh negara berada pada tahap sederhana berdasarkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pagi ini. Menurut portal Sistem Pengurusan