ARTIKEL

LIGA M5: Mix Hajiba tidak rela berputih mata

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Skuad yang semakin digeruni kredibiliti, Mix Hajiba FT tidak rela terlepas sebarang mata tatkala turun bersemuka dengan seteru utama, TP United di Kompleks Sukan Lundu petang esok.

Pengurus Pasukan Mohd. Firdaus Othman@Koko memberitahu, kemenangan sekiranya berjaya diperoleh akan mengukuhkan cengkaman mereka di kedudukan teratas Kumpulan A Liga M5 2023.

“Di atas kertas kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan tersendiri.

“Apa pun, kemenangan menjadi fokus kami untuk perlawanan kelima petang esok,” ujar Koko kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Koko, kemenangan jika berjaya diraih pada aksi terakhir pusingan pertama esok, pasti berupaya mencetus sangat juang dalam kalangan pemain.

“Pemain dilihat bersemangat dan tidak sabar untuk turun dalam perlawanan petang esok,” tambah beliau.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Majlis perundingan dicadang pacu pembangunan SDZ

KUCHING: Penubuhan Majlis Perundingan Pembangunan Zon Ekonomi Khas Sibu (SDZ) dicadangkan bagi menyelaraskan keutamaan pembangunan dan memastikan pelaksanaannya memenuhi keperluan rakyat, selain menggalakkan penyertaan pelbagai