ARTIKEL

BERSEMANGAT... Ketua pasukan Samarahan, Ashri Chuchu (kiri) cuba merampas bola daripada kawalan rakannya semasa sesi latihan. - FOTO FAIZAL BUJANG

LIGA PREMIER SARAWAK 2025/2026: Samarahan enggan mendabik dada

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Skuad Samarahan yang tampil dengan prestasi mantap tetap mengambil pendekatan berhati-hati ketika melayani kunjungan Miri pada aksi suku akhir pertama kempen Liga Premier Sarawak 2025/2026 di Stadium Terbuka Kota Samarahan, Sabtu ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Samarahan (PBBS), Mohd Azri Johari, menegaskan kelebihan beraksi di laman sendiri bukan jaminan buat barisan kendalian Ideris Untong untuk meraih kemenangan mudah.

Menurut beliau, kesedaran terhadap keupayaan lawan yang berprestasi konsisten sebagai naib juara Zon Utara menuntut Samarahan tampil lebih berdisiplin dan berwaspada.

Justeru, tegas Azri, sebarang keputusan di luar jangkaan boleh berlaku dan para pemain diingatkan agar tidak memandang rendah keupayaan pasukan lawan.

“Kita turun menentang pasukan kedua terbaik dari Zon Utara dan mereka mempunyai rekod yang agak baik berbanding Samarahan.

“Apa yang pasti, kemenangan tetap menjadi fokus utama kami dan yang lebih penting ialah memastikan kelebihan jaringan gol sebagai bekalan menjelang aksi timbal balik di gelanggang lawan pada 17 Januari nanti,” ujar beliau kepada Arena Suara Sarawak.

Azri mengakui barisan pemainnya berada pada tahap kesediaan yang memuaskan untuk mengharungi perlawanan yang dijangka sengit itu.

“Semua pemain bebas daripada kecederaan mahupun penggantungan dan saya melihat ini sebagai kredit kepada pengemudi pasukan, Ideris Untong, untuk menurunkan kesebelasan terbaik,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Azri turut menyeru penyokong dan peminat bola sepak di sekitar Samarahan agar turun beramai-ramai ke Stadium Terbuka Kota Samarahan bagi memberi sokongan padu kepada pasukan.

“Anda (penyokong) merupakan pencetus semangat juang pemain. Kami berharap kehadiran anda semua dapat menyuntik motivasi kepada pasukan,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

GPS Amalkan Politik Penawar, Utamakan Kesejahteraan Rakyat

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmennya dengan pembangunan menyeluruh dan kesejahteraan rakyat menerusi Belanjawan Sarawak 2027, sekali gus mencerminkan pendekatan pentadbiran yang