ARTIKEL

PRESIDEN BIFA... Sophie Shariee.

Liga Premier Sarawak 2025: BIFA mula cari pemain

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persatuan Bola Sepak Bahagian Bintulu (BIFA) kini dalam proses mencari pemain bagi membentuk pasukan untuk menghadapi kempen Liga Premier Sarawak 2025.

Sesi pemilihan pemain bagi tujuan tersebut akan diadakan pada 2 Ogos depan bertempat di Padang Sintetik BDA, Bintulu.

Presiden BIFA, Sophie Shariee memberitahu, sesi pemilihan pemain akan dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman, Farhan Abdullah (Anai Igang).

“Kita menyeru pemain di sekitar Bintulu untuk turut serta dalam pemilihan pada tarikh tersebut.

“Pamer kemampuan sebenar anda sepanjang sesi pemilihan dijalankan kelak,” ujar Sophie kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau memberitahu, sesi pemilihan akan bermula dari pukul 2 hingga 6 petang pada hari tersebut.

Sophie turut mengalu-alukan pemain kelab yang terlibat dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Presiden BIFA edisi kedua untuk menyertai pemilihan itu kelak.

“Kita percaya ramai pemain muda serta berbakat yang turut bersaing pada kejohanan lepas,” tambah Sophie.

BERITA LAIN

Samarahan tidak rela berputih mata

BINTULU: Skuad Samarahan bersedia mengharungi baki 90 minit aksi separuh akhir kedua menentang Bintulu di Stadium Bintulu, petang esok. Pasukan itu membawa bekalan kelebihan tiga

SAREX26 dijangka lepasi sasaran 800 peserta

KUCHING: Ekspo E-Sukan Sarawak 2026 (SAREX26) dijangka melepasi sasaran penyertaan 800 peserta apabila 600 orang sudah mengesahkan penyertaan menjelang penganjurannya pada 13 hingga 15 November

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah