ARTIKEL

PRESIDEN PBBS… Mohd. Azri Johari.

LIGA PREMIER SARAWAK 2025: Samarahan buru kemenangan aksi terakhir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Skuad Samarahan berada dalam kesiapsiagaan penuh untuk menghadapi cabaran getir menentang jiran tetangga, Kuching, pada aksi terakhir peringkat Zon Selatan Liga Premier Sarawak 2025 di Stadium Sarawak, Petra, malam Sabtu ini (20 Disember).

Pasukan itu memberi tumpuan sepenuhnya untuk memburu kemenangan yang mampu menghadiahkan tiga mata penuh sekali gus memperbaiki kedudukan semasa dalam carta liga.

SIAP SEDIA… Pemain Samarahan ketika sesi latihan.

Sekiranya kemenangan memihak kepada Samarahan, keputusan tersebut berpotensi mengubah susunan kedudukan pasukan dalam kelompok teratas.

Ketika ini, Samarahan menghuni tangga ketiga dengan 25 mata, manakala Kuching berada di kedudukan kedua dengan 27 mata.

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Samarahan (PBBS), Mohd. Azri Johari, mengakui perlawanan tersebut membawa misi besar buat pasukan dalam usaha mencapai sasaran berganda.

“Memang kita mahu memastikan kemenangan dapat dicapai pada perlawanan itu nanti.

“Apa yang paling penting, ia melibatkan maruah pasukan dan semua pihak,” katanya ketika ditemui Arena Suara Sarawak.

Perlawanan hujung minggu ini turut menarik perhatian apabila ia menjadi sentuhan pertama ketua jurulatih baharu, Ideris Untong, bersama penolongnya, Mohammad Fareez Tukijo, dalam membimbing skuad Samarahan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan