ARTIKEL

Datuk Fazzrudin Abdul Rahman ditemui selepas Program Inisiatif Pembangunan Bola Sepak Akar Umbi PETRONAS Youth Football Closed Tournament (PYFCT) di Kuching, semalam.

Liga Premier Sarawak hidupkan semula FA Bahagian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

YUZAIRUL YUSOF

KUCHING: Liga Premier Sarawak bakal menjadi pemangkin menghidupkan semula Persatuan Bola Sepak (FA) Bahagian di seluruh negeri, sekali gus memperkukuh pembangunan bakat pemain muda secara lebih tersusun.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Fazzrudin Abdul Rahman berkata, penganjuran liga itu bukan sekadar mewujudkan platform pertandingan, malah menjadi mekanisme penting untuk mengaktifkan semula peranan setiap FA Bahagian dalam pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi.

“Kita sudah memulakan Liga Premier Sarawak. Melalui liga ini, setiap FA Bahagian perlu menghantar pasukan masing-masing.

“Sebelum menghantar pasukan, mereka perlu membentuk skuad sendiri melalui liga divisi di kawasan masing-masing, sekali gus memberi ruang kepada pemain berpotensi diketengahkan,” katanya ketika ditemui selepas Program Inisiatif Pembangunan Bola Sepak Akar Umbi PETRONAS Youth Football Closed Tournament (PYFCT) di Kuching, semalam.

Beliau berkata, langkah itu secara tidak langsung akan menghidupkan semula aktiviti bola sepak di semua bahagian, selain meningkatkan daya saing antara pasukan.

Menurutnya, FAS akan terus menambah baik kualiti Liga Premier Sarawak dari semasa ke semasa supaya impaknya dapat dirasai hingga ke peringkat akar umbi.

“Kita akan memperbaiki dan meningkatkan kualiti liga ini setiap tahun supaya manfaatnya dapat dirasai oleh semua FA Bahagian.

“Melalui penganjuran kejohanan seperti ini, kita mahu menyaksikan semua FA Bahagian kembali aktif dan berkembang bersama-sama,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pembangunan pemain muda akan menjadi fokus utama FAS bagi memastikan Sarawak mempunyai bekalan pemain berkualiti untuk jangka panjang.

Katanya, syarat penyertaan pemain bawah umur akan diperkenalkan dalam setiap pasukan bagi menggalakkan FA Bahagian memberi perhatian serius terhadap usaha mengenal pasti dan membangunkan bakat baharu.

“Kita akan mewajibkan penyertaan pemain bawah umur dalam setiap pasukan. Ini akan mendorong FA Bahagian mencari dan mencungkil lebih ramai bakat muda.

“Kita mahu membangunkan sistem bola sepak ini secara organik. Sebab itu proses ini perlu dilakukan secara berperingkat sehingga membentuk ekosistem pembangunan yang kukuh,” katanya.

Beliau yakin pendekatan tersebut mampu mewujudkan laluan pembangunan yang lebih jelas kepada pemain muda Sarawak sebelum melangkah ke peringkat lebih tinggi termasuk Liga Premier Sarawak, Liga Super dan pasukan kebangsaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan