ARTIKEL

MENANG SELESA…Kesebelasan utama Sambir Bistari. - FOTO FAIZAL BUJANG

LIGA SAMARAHAN 2026: Kemenangan selesa Sambir Bistari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Skuad Sambir Bistari berjaya mencatatkan kemenangan pertama dalam kempen Liga Samarahan 2026.

Kem kendalian jurulatih berpengalaman luas, Rafiezan Razali menang selesa 3-1 ke atas Tambirat Academy pada perlawanan yang berlangsung di padang sintetik UNIMAS petang tadi.

Pada aksi babak pertama, Sambir Bistari mendahului saingan dengan dua gol sebelum menambah satu lagi gol pada babak kedua. Tambirat Academy bagaimanapun berjaya merapatkan jurang menerusi gol tunggal yang dijaringkan pada penghujung perlawanan.

REBUT…Penyerang Tambirat Academy (kiri) mencari ruang untuk melepaskan diri. – FOTO FAIZAL BUJANG

Presiden Kelab Bola Sepak Sambir Bistari (KBSB), Jalek Jaafar nyata gembira dengan kemenangan yang diperoleh pemainnya.

“Tiga mata yang amat berharga berjaya diperoleh pemain petang tadi.

“Syabas dan tahniah kepada pemain kerana berjaya memastikan tiga mata mutlak diinginkan,” ujar Jalek kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Jalek, Sambir Bistari sebenarnya mampu meraih lebih banyak gol mengambil kira deretan peluang yang dimiliki sepanjang perlawanan tersebut.

BERITA LAIN

Kuching City buru kemenangan kelima di Brunei

KUCHING: Kuching City FC memburu kemenangan kelima berturut-turut dalam saingan Liga Super 2026-2027 apabila bertandang ke Brunei menentang DPMM FC di Stadium Negara Hassanal Bolkiah,

BERITA TERBARU