LIGA Sri Aman bagi merebut Piala YB Datuk Francis Harden Hollis Edisi 2025 dijadual berlangsung pada Julai hingga September depan.
Ia antara inti pati dalam Mesyuarat Exco Persatuan Bolasepak Sri Aman (FASA) yang berlangsung di Simanggang, semalam.
Menurut Presiden FASA Datuk Francis Harden Hollis, tumpuan utama aktiviti ialah penganjuran pertandingan bola sepak Liga Sri Aman.
Dalam pada itu jelasnya, FASA mmempunyai perancangan untuk melaksanakan enam program lain untuk diadakan tahun ini.
“Selain Liga Sri Aman, kita juga merancang mengadakan Pertandingan Futsal Piala YB Datuk Francis Harden Hollis, kategori lelaki dan wanita yang dijadualkan pada Ogos depan.
“Ada juga Liga Veteran Sri Aman (Oktober 2025) dan Pertandingan Bola Sepak kategori 17TKB, 15TKB dan 12TKB dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Sri Aman,” ujarnya.
Selain itu katanya, rancangan untuk mengadakan Kursus Pengadil Bola Sepak, Kursus Kejurulatihan Lesen D dan Klinik Bola Sepak Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dijadualkan pada awal Mei depan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simanggang itu menyatakan hasrat untuk mengangkat martabat sukan bola sepak khususnya di Bahagian Sri Aman.
Antara lain yang dibincangkan berkaitan fasiliti sukan bola sepak di Bandar Simanggang.



