ARTIKEL

Liga Super 2023: Kuching City tewas 2-1 kepada Perak 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kuching City FC terus buntu mencari jalan untuk keluar dari zon bahaya setelah anak-anak buah Irfan Bakti Abu Salim tewas tipis (2-1) ketika melayani kunjungan Perak FC di Stadium Negeri, Petra Jaya malam tadi.

Jaringan penyamaan Abu Kamara minit ke-32 seakan kembali menghadir keceriaan buat kem tuan rumah untuk sekurang-kurangnya berkongsi satu mata. 

Dalam keadaan pasukan pelawat yang terdahulu berada di depan menerusi jaringan Luciano Guaychochea minit ke-13.

Namun, segalanya hanya igauan sementara apabila pasukan pelawat berjaya menambah satu lagi gol menerusi Seo Seonung minit ke-80. Lantas, memuktamad tiga mata milik Perak FC.

Kekalahan tersebut mengekalkan Kuching City FC ditangga ke-13 dengan mengumpul enam mata selepas melalui 16 perlawanan setakat ini.

BERITA LAIN

15 Individu Tamat Kursus Kejurulatihan

KUCHING: Seramai 15 individu berjaya menamatkan dan lulus Kursus Sijil Kejurulatihan Diploma ‘B’ AFC/FAM yang berlangsung di Kuching. Kursus berkenaan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi