ARTIKEL

SEDIA GEMPUR...Barisan pemain Kuching City siap sedia gempur kubu KL FC malam esok.  - FOTO KC FC

LIGA SUPER 2024: Kuching sedia curi mata

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketua jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak melihat peluang untuk pasukannya beroleh sebarang mata pada aksi buka tirai menentang KL FC di Stadium Cheras malam esok tetap terbuka.

Menurut Aidil, barisan kesebelasan utama yang dipertaruhkan pada perkawanan tersebut dapat memperaga aksi sebaik mungkin.

Dengan kata lain, pasukan harus mengadaptasi formasi yang diguna pakai sepanjang tempoh permainan.

“Walaupun kita tahu kelebihan kepada pasukan tuan rumah, namun saya percaya peluang untuk kita mencipta kejutan tetap,”ujar Aidil kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Aidil, tiada perbezaan ketara barisan kendalian beliau dengan kelab warga kota itu.

Tambahan pula katanya, Kuching City FC dan KL FC sebelum ini pernah bersemuka dalam Piala Sabah Maju Jaya 2024.

Justeru, pertemuan di Sabah tempoh hari akan dijadikan penanda aras untuk pemainnya lebih berwaspada..

“Pemain turut diingatkan agar sentiasa berhati-hati, cuba elak melakukan kesilapan mudah yang boleh mengundang musibah,” tambah Aidil.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Jalan Seduku–Lingga diancam hakisan

KUCHING: Jalan utama sepanjang 31.3 kilometer dari Kampung Agropolitan Seduku ke Pekan Lingga berdepan ancaman hakisan tebing Sungai Batang Lupar, terutama di KM4.2 yang jaraknya