ARTIKEL

Pemain PDRM FC, Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak (kanan) merembat bola ke gawang pasukan lawan Kelantan Darul Naim FC pada Liga Super Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam ini.

Liga Super: PDRM FC belasah KDN, 5-0

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) FC mencatat kemenangan besar 5-0 ke atas Kelantan Darul Naim (KDN) dengan Ifedayo Olusegun menjadi wira selepas menjaringkan hatrik dalam perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam ini.

Penyerang kelahiran Nigeria itu menunjukkan prestasi cemerlang dengan menjaringkan ketiga-tiga gol pada babak pertama, sebelum Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi menambah dua gol pada babak kedua.

Pasukan tuan rumah yang dikendalikan oleh P. Maniam memulakan perlawanan dengan garang, membuka tirai jaringan seawal minit kelima melalui rembatan kencang Ifedayo.

Beliau kemudian menanduk gol kedua pada minit ke-32.

Pada minit ke-39, Ifedayo menambah koleksi jaringan peribadi dengan gol ketiga PDRM sebelum dilayangkan kad merah selepas pelanggaran dengan pemain KDN ketika cuba menjaringkan gol.

Walaupun beraksi dengan 10 pemain pada babak kedua, PDRM terus menunjukkan rentak cemerlang apabila Muhammad Shahrel meledak gol keempat tuan rumah pada minit ke-66.

Selang lima minit kemudian, Muhammad Shahrel sekali lagi menunjukkan aksi cemerlang dengan menjaringkan gol kelima, menutup kemenangan 5-0 dan membolehkan The Cops mengutip tiga mata malam ini.

Kemenangan ini membolehkan PDRM melonjak ke tangga kelima dengan 21 mata, berbanding keenam sebelumnya, manakala KDN berada di tangga kedua tercorot dengan tujuh mata.

Sementara itu, Kedah Darul Aman (KDA) FC turut meraih tiga mata selepas menewaskan Penang FC 1-0 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Sykhrob Nurulloev muncul wira Kedah dengan gol pada minit ke-10, menewaskan penjaga gol Sikh Izhan Nazreel.

Kedah kini menduduki tangga kesembilan dengan 17 mata, manakala Penang berada di kedudukan ke-11 dengan 14 mata.– BERNAMA

BERITA LAIN

Tanpa perancangan awal, Udak raih podium Raja Sungai

KUCHING: Meskipun pada mulanya tidak berhasrat menyertai Regata Sarawak 2026, pasukan Udak tetap membuktikan kemampuan apabila perahu Udak-8 meraih tempat ketiga acara berprestij Raja Sungai

BERITA TERBARU