KUCHING: Lima individu dikhuatiri lemas apabila bot yang digunakan untuk latihan regata di Royal Bay Commercial Centre Jalan Buruh Bintawa, di sini dilaporkan karam, petang tadi.
Komander Operasi PBK II Syamsyul Mustapha berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4.20 petang.
“Bot yang digunakan oleh 15 peserta regata terbabit dilaporkan karam semasa menjalani latihan,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Syamsul, seramai 10 peserta berjaya menyelamatkan diri, manakala lima peserta masih gagal dijumpai.
Pihak bomba dan pihak polis marin kini berusaha mencari mangsa yang belum dijumpai.



