ARTIKEL

Ling Ching mara ke separuh akhir selepas menewaskan Siti Nurshuhaini.

Ling Ching mara ke separuh akhir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Perseorangan wanita Sarawak, Wong Ling Ching, mencipta sejarah menewaskan pemain Selangor, Siti Nurshuhaini Azman dalam perlawanan di Stadium Tertutup di sini, sebentar tadi.

Ling Ching menamatkan kemarau 30 tahun pemain perseorangan wanita Sarawak yang berjayan mara ke final dalam acara badminton.

Pemain itu dengan mudah menewaskan Siti Nurshuhaini pada set pertama, mendahului 8 mata (11-3) sebelum akhirnya memenangi set itu 21-18.

Pada set kedua, Ling Ching sekali lagi mempamerkan persembahan luar biasa dengan mendahului 11-4 dan akhirnya mengalahkan pemain Selangor itu 21-9.

Ketua jurulatih kontinjen badminton Sarawak, Azrihanif Azahar berkata, kemaraan Ling Ching ke final menyemarakkan harapan Sarawak untuk meraih pingat emas dalam acara badminton.

Sementara itu, ditanya mengenai keyakinannya terhadap perlawanan akhir perseorangan wanita esok, beliau berkata apa-apa sahaja boleh berlaku dalam sukan badminton.

“Apa-apa sahaja boleh berlaku, jadi apa yang boleh kami lakukan ialah fokus dan berjuang sehingga ke penghujungnya,” tambahnya.

Lin Ching bakal menentang pemain Pulau Pinang Oo Shan Zi, esok.

BERITA LAIN

SUKMA XXII 2026: Mia berjaya raih emas

SELANGOR: Emylia Lynn Ghazali Zulfikar berjaya menghadiahkan pingat emas buat Kontinjen Sarawak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII 2026. Bintang Muay Thai yang terkenal dengan

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke