ARTIKEL

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil di Ministerial Panel Forum Kepimpinan Digital bersempena dengan Mobile World Congress (MWC) Doha 2026.

Liputan 5G Malaysia capai 90 peratus, sembilan bulan lebih awal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DOHA: Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkongsi kemajuan Malaysia dalam memperluas rangkaian 5G pada Mobile World Congress (MWC) Doha 2026, apabila rangkaian 5G di negara ini mencapai liputan 90 peratus pada Oktober lepas, sembilan bulan lebih awal daripada jadual.

Beliau berkata pencapaian itu menandakan kemajuan ketara dalam peralihan Malaysia ke arah model dwirangkaian 5G bagi meningkatkan persaingan, menggalakkan pelaburan dan menambah baik kualiti perkhidmatan telekomunikasi.

Fahmi berkata Malaysia turut membuat pelaburan besar bagi memperluas dan memperkukuh infrastruktur digital negara menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) sejak 2020.

“Setakat Julai 2026, kira-kira 10.12 juta premis telah diliputi rangkaian gentian optik, sekali gus meningkatkan akses kepada perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi dengan ketara,” katanya pada Ministerial Panel Forum Kepimpinan Digital sempena MWC Doha 2026 di sini hari ini.

Beliau berkata perkembangan itu mencerminkan usaha negara membangunkan ekosistem telekomunikasi yang berdaya saing dan mampan, di samping memastikan pengguna mendapat manfaat daripada peningkatan kualiti perkhidmatan.

Bagaimanapun, Fahmi menekankan bahawa pembangunan infrastruktur digital Malaysia bukan hanya tertumpu kepada peluasan liputan rangkaian, malah turut memberi perhatian kepada aspek kualiti perkhidmatan, kemampuan melanggan dan daya tahan rangkaian.

Beliau berkata semua aspek itu perlu ditangani secara menyeluruh bagi memastikan kesalinghubungan digital memberikan manfaat bermakna kepada rakyat.

“Menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), kami terus menggalakkan perkongsian infrastruktur dan pelaksanaan rangkaian secara cekap, di samping menangani jurang kesalinghubungan dalam kalangan komuniti yang kurang mendapat liputan perkhidmatan,” katanya.

Fahmi berkata kerangka Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) turut memainkan peranan penting dalam memperluas perkhidmatan telekomunikasi ke kawasan yang mungkin tidak berdaya maju jika bergantung pada pelaburan komersial semata-mata.

Beliau berkata pendekatan itu membolehkan Malaysia mengimbangi pelaburan infrastruktur dengan keperluan memastikan perkhidmatan telekomunikasi terus mudah diakses pada kadar yang berpatutan.

“Bagi Malaysia, model rangkaian yang berjaya ialah model menggabungkan infrastruktur kukuh, pelaburan mampan, kawal selia berkesan serta akses yang bermakna kepada semua,” katanya.

Fahmi berada di Doha bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Plenipotensiari Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU PP-26) yang berlangsung pada 6 hingga 11 Nov.

Lawatan kerja Fahmi ke Doha turut membawa misi penting Malaysia untuk mempertahankan kerusi Ahli Majlis ITU bagi penggal 2027-2030.

Beliau diiringi Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi) Kementerian Komunikasi Mano Verabathran.

Delegasi Malaysia turut disertai wakil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta pemain industri telekomunikasi tempatan termasuk Telekom Malaysia (TM), CelcomDigi, Maxis dan U Mobile.

BERITA LAIN

Malaysia perkukuh keselamatan siber

DOHA: Malaysia sedang membangunkan pelan nasional bagi peralihan infrastruktur maklumat kritikal negara kepada kriptografi pascakuantum sebagai sebahagian usaha memperkukuh keselamatan siber dan mempersiapkan negara menghadapi

BERITA TERBARU

Toleransi sifar rasuah, kepimpinan perlu jadi teladan

KUCHING: Pelaksanaan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS) ISO 37001:2025 menjadi antara langkah penting Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) dalam memperkukuh integriti institusi dan memastikan setiap amanah

Tipak Nyawu berpotensi jadi tarikan sukan masyarakat

MUKAH: Permainan tradisional Tipak Nyawu berpotensi dikembangkan sebagai salah satu tarikan sukan masyarakat yang dapat menarik penyertaan lebih meluas, selain memastikan warisan budaya masyarakat Melanau