ARTIKEL

Perjanjian Malaysia 1963, MA63, PERANTIS, NGO Sarawak, Persatuan Intelektual Pribumi Sarawak, PERANTIS, Persatuan Masyarakat Salako dan Rara Sarawak, PERASA, Raban Semadak Borneo Brotherhood, Persatuan Kebajikan Persaudaraan Sahabat Miri @ Kaban Menyadi, kerusi Parlimen
Dewan Rakyat dalam Parlimen Malaysia.

Liputan telekomunikasi lemah tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kaedah pemantauan serta penalti terhadap syarikat telekomunikasi yang gagal menyediakan liputan memuaskan, khususnya di kawasan luar bandar, antara isu yang dibincangkan pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat yang disiarkan di portal Parlimen, perkara itu dibangkitkan oleh Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PN-Permatang Pauh) kepada Menteri Komunikasi pada sesi soal jawab lisan.

Turut menarik perhatian ialah soalan Datuk Seri Hasni Mohammad (BN-Simpang Renggam) yang meminta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menjelaskan strategi menjadikan Forum Tenaga ASEAN 2025 sebagai platform utama menarik pelaburan hijau berimpak tinggi sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab tenaga bersih serantau.

Selain itu, Chow Kon Yeow (PH-Batu Kawan) bertanya kepada Menteri Kewangan sama ada Kerajaan Persekutuan bercadang berkongsi hasil cukai negeri bagi menyokong pembangunan serta program kebajikan dan sosial yang dilaksanakan.

Selepas sesi soal jawab, mesyuarat Dewan Rakyat diteruskan dengan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 untuk bacaan kali pertama oleh Menteri Sumber Manusia.

Persidangan dewan kemudian diteruskan dengan pembentangan rang undang-undang bagi bacaan kali kedua antaranya RUU Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2025 serta RUU Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 24 hari sehingga 28 Ogos. — BERNAMA

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU